HeLLoOOoooOo..Haiii..??

Friday 26 October 2012

Hilangnya Sebuah Ukhwah


Assalammualaikum..
  
    Terjalinnya sebuah ikatan ukhuwah itu. Lahirnya daripada hati yang ikhlas menerima seseorang yang serasi dengan jiwa kita.. Tapi bagaimana ukhwah itu boleh pudar ? Adakah disebabkan tiadanya titipan kemesraan ?

  Tiada tempat lain untuk aku curahkan rasa kecewa ini. Selain di sebuah diari sejarah hidup melalui coretan taipan diatas keyboard ini. Selama 5 tahun ukhwah kami tersemat rapi. Begitu rapat. Umpama sahabat dunia akhirat. Tapi sayang ikatan itu tidak dapat dikekalkan hanya kerana perbezaan keadaan. Mengapa usaha ku untuk mengekalkannya umpama sia-sia.  Entah mengapa rase hati ini hancur lebur. Aku tidak pernah melupakan mereka walaupun aku mendapat rakan baru. Bila aku mesej. Tidak dibalasnya. Bila aku call tidak diangkatnya..Masuk voicemail. Tak apa,demi sebuah ikatan persahabatan aku tak mudah putus asa. Aku post dekat fb. Berbagai alas an diberi. Janji tinggal janji. Mengapa begitu bodohnya diri ini tidak sedar bahawa mereka telah mendapat sahabat yang lebih baik sebagai penganti diri ini. Biarlah mereka.. Biarlah mereka berbahagia disamping sahabat baru mereka. Usah dikenang sejarah lalu.. Biarlah ia menjadi semua memori lama yang tidak mungkin dapat diulang kembali.

   Aku rasa inilah fist time aku menagis kerana kecewa terhadap sebuah persahabatan. Jika dulu,kami sentiasa bersama. Pelbagai benda kami buat bersama. Kamilah girls2 yang buat dunia ini seperti dunia sendiri. Tapi semua itu telah berlalu..Mustahil dapat dikembali lagi.  Mungkin jika dilihat semua gambar aku di fb bersam rakan di u. Terselah sekuntum senyuman. Telah hakikatnya aku sentiasa merindui sahabat-sahabatku. Benarlah sebuah pepatah “jauh dimata dekat dihati” .Biar pun aku berada di tempat lain. Tapi setiap kali aku balik. Aku akan usaha untuk berjumpa dengan mereka. Walaupun sekejap,tapi itulah salah satu kebahagiaan aku. Jalinan ukhwah itu semakin rengag dan bagaikan tunggu ianya putus terlerai di pertengahan jalan….

No comments:

Post a Comment